SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR DRUG VETERINAR BAGI PROGRAM MENGEKALKAN STATUS BEBAS PENYAKIT HAIWAN DI SELANGOR, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR TAHUN 2025.
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Wan Ezadtul Azhar bin Mohd Salleh |
| E-mel | wanezadtulazhar@dvssel.gov.my |
| No. Tel | 0355103900 EXT 204 |
| Jabatan | JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JPVSEL/SH/05/2025 |
| Tarikh Iklan | 22 Jul 2025 - 4 Aug 2025 |
| Tarikh Jual | 22 Jul 2025 - 4 Aug 2025 |
| Tarikh Tutup | 4 Aug 2025 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
- Sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal;
- Pembekal di Negeri Selangor dan Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang:
Kod Bidang 070301 – Ubat Haiwan/Akuatik
- Mempunyai Sijil Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
- Berdaftar dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN),
- Dikehendaki mematuhi Senarai Semak (Lampiran A).
- Dokumen sebut harga akan dipamerkan dan boleh dimuat turun mulai 22 JULAI 2025 di laman sesawang http://tender.selangor.my. Dokumen yang dimuat turun hendaklah dibukukan/ didokumentasikan.
- Dokumen sebut harga dijual dengan harga RM10.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen sebut harga sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan.
- Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dimeterai dengan rapi dan ditandakan dengan betul seperti tajuk di atas, pada penjuru atas kiri juga ditandakan: “No. Sebut Harga: JPVSEL/SH/05/2025” dan dokumen tersebut hendaklah dimasukkan melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier ke dalam Peti Sebut harga di, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Sebut harga ini akan DITUTUP pada 04 Ogos 2025 sebelum jam 12.00 tengahari.
- Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas dokumen sebut harga yang dihantar melalui kiriman pos sekiranya berlaku sebarang kelewatan, kehilangan atau lain-lain lagi
Kod-Kod Bidang
| Kod Bidang MOF | 070301 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN > UBAT, MAKANAN TERNAKAN/TUMBUHAN, PERALATAN DAN AKSESORI > UBAT HAIWAN/AKUATIK |
|---|
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
