Cetak
JPVSEL/SH/07/2025

SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF KLINIK VETERINAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2025

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Wan Ezadtul Azhar bin Mohd Salleh
E-mel wanezadtulazhar@dvssel.gov.my
No. Tel 0355103900 EXT 204
Jabatan JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
No. Sebut Harga JPVSEL/SH/07/2025
Tarikh Iklan 4 Sep 2025 - 18 Sep 2025
Tarikh Jual 12 Sep 2025 - 18 Sep 2025
Tarikh Tutup 18 Sep 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF KLINIK VETERINAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2025

 

  1. Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai;
    1. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G1/G2

pengkhususan:

  1. B28 – Kerja Ubah Suai (Pembinaan Bangunan)
    1. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
    2. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
    3. Mempunyai Sijil Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    4. Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
    5. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
    6. Dikehendaki mematuhi Senarai Semak (Lampiran A)

 

  1. Dokumen sebut harga akan dipamerkan mulai 04 September 2025 (Khamis) dan boleh dimuat turun selepas lawatan tapak mulai 12 September 2025 (Jumaat) di laman sesawang http://tender.selangor.my. Dokumen yang dimuat turun hendaklah dibukukan/ didokumentasikan.

 

  1. Dokumen sebut harga dijual dengan harga RM10.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen sebut harga sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan. Pemeriksaan kawasan perkhidmatan (Lawat Tapak) akan diadakan pada 11 September 2025 (Khamis) bertempat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat, Jalan Sungai Buaya, 42600 Sungai Jarum jam 10.00 pagi. Lawat tapak adalah disyaratkan sebagai wajib bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga. Syarat penting bagi sesi Lawat Tapak kontraktor hendaklah berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan serta hanya penama dalam Lesen PKK, CIDB, SPKK dan UPEN yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain serta perlu membawa Kad Pengenalan serta COP SYARIKAT dengan Nombor Pendaftaran Syarikat (SSM) bagi urusan pendaftaran.

 

  1. Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dimeterai dengan rapi dan ditandakan dengan betul seperti tajuk di atas, pada penjuru atas kiri juga ditandakan: “No. Sebut Harga: JPVSEL/SH/07/2025” dan dokumen tersebut hendaklah dimasukkan melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier ke dalam Peti Sebut harga di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Sebut harga ini akan DITUTUP pada 18 September 2025 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari.

 

  1. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas dokumen sebut harga yang dihantar melalui  kiriman pos sekiranya berlaku sebarang kelewatan, kehilangan atau lain-lain lagi.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat, Jalan Sungai Buaya, 42600 Sungai Jarum Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat, Jalan Sungai Buaya, 42600 Sungai Jarum 11 Sep 2025 10:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B28 KERJA UBAHSUAI

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis