SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK REBAN AYAM SISTEM TERTUTUP JENIS DUA TINGKAT , PLOT SB04 BLOK A: 01 & A: 02 DI TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGAI BLANKAN , DAERAH SEPANG TAHUN 2025
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Wan Ezadtul Azhar bin Mohd Salleh |
| E-mel | wanezadtulazhar@dvssel.gov.my |
| No. Tel | 0355103900 EXT 204 |
| Jabatan | JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JPVSEL/SH/08/2025 |
| Tarikh Iklan | 8 Sep 2025 - 23 Sep 2025 |
| Tarikh Jual | 8 Sep 2025 - 23 Sep 2025 |
| Tarikh Tutup | 23 Sep 2025 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK REBAN AYAM SISTEM TERTUTUP JENIS DUA TINGKAT , PLOT SB04 BLOK A: 01 & A: 02 DI TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGAI BLANKAN , DAERAH SEPANG TAHUN 2025
- Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai;
- Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G1/G2, Kategori Elektrik (ME), pengkhususan:
- E04 – Pemasangan Voltan Rendah atau;
- E11 - Kerja Am Elektrik
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
- Sijil Taraf Bumiputera (STB)
- Mempunyai Sijil Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
- Syarikat hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
- Dikehendaki mematuhi Senarai Semak (Lampiran A)
- Dokumen sebut harga akan dipamerkan mulai 08 September 2025 (Isnin) dan boleh dimuat turun selepas lawatan tapak mulai 18 September 2025 (Khamis) di laman sesawang http://tender.selangor.my. Dokumen yang dimuat turun hendaklah dibukukan/ didokumentasikan.
- Dokumen sebut harga dijual dengan harga RM10.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen sebut harga sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan. Pemeriksaan kawasan perkhidmatan (Lawat Tapak) akan diadakan pada 17 September 2025 (Rabu) bertempat di Plot SB04 Blok A:01 & A:02 Di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Blankan, Daerah Sepang jam 10.00 pagi. Lawat tapak adalah disyaratkan sebagai wajib bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga. Syarat penting bagi sesi Lawat Tapak kontraktor hendaklah berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan serta hanya penama dalam Lesen PKK, CIDB, SPKK dan UPEN yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain serta perlu membawa Kad Pengenalan serta COP SYARIKAT dengan Nombor Pendaftaran Syarikat (SSM) bagi urusan pendaftaran.
- Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dimeterai dengan rapi dan ditandakan dengan betul seperti tajuk di atas, pada penjuru atas kiri juga ditandakan: “No. Sebut Harga: JPVSEL/SH/08/2025” dan dokumen tersebut hendaklah dimasukkan melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier ke dalam Peti Sebut harga di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Sebut harga ini akan DITUTUP pada 23 September 2025 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.
- Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas dokumen sebut harga yang dihantar melalui kiriman pos sekiranya berlaku sebarang kelewatan, kehilangan atau lain-lain lagi.
Lawatan Tapak
| Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Plot SB04 Blok A:01 & A:02 Di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Blankan, Daerah Sepang | Plot SB04 Blok A:01 & A:02 Di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Blankan, Daerah Sepang | 17 Sep 2025 10:00 |
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB |
E04 PEMASANGAN VOLTAN RENDAH DAN E11 KERJA-KERJA AM ELEKTRIKAL |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
