Cadangan Kerja-Kerja Merekabentuk, Mencetak Dan Membekal Payung Sebagai Cenderahati Bayaran Cukai Taksiran Tahun 2026 Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | ROZANITA BINTI ABDUL RAZAK |
| E-mel | rozanita@mbsa.gov.my |
| No. Tel | 0355105133 ext 1297 |
| Jabatan | Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Tender
| Petender | Majlis Bandaraya Shah Alam |
|---|---|
| No. Tender | T 73/2026 |
| Tarikh Iklan | 3 Feb 2026 - 24 Feb 2026 |
| Tarikh Jual | 3 Feb 2026 - 23 Feb 2026 |
| Tarikh Tutup | 24 Feb 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Jabatan Kontrak & Ukur Bahan, Tingkat 8 (Lift A), Wisma MBSA |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
| Harga Dokumen | RM 150.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
DOKUMEN TENDER
Dokumen Tawaran boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Tender & Ukur Bahan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 8 (Lift A), Wisma M.B.S.A., Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Tender & Ukur Bahan di talian 03-55105133 sambungan 1297, 1445, 1590 dan 1665.
Pemborong terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara On-Line di laman web hhtp://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Sebutharga.
Pembelian dokumen tawaran secara On-Line dikehendaki melampirkan salinan resit asal bayaran. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Jabatan Kontrak & Ukur Bahan, Tingkat 8 (Lift A), Wisma MBSA tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan.
Kod-Kod Bidang
| Kod Bidang MOF |
030201 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI) > CENDERAMATA DAN HADIAH > CENDERAMATA DAN HADIAH ATAU 030299 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI) > CENDERAMATA DAN HADIAH > PEMBUAT (CENDERAMATA DAN HADIAH) |
|---|
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
