PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN MODULAR DAN IBS DI INSTITUSI KPM RMK13 - PEMBINAAN TIGA (3) BILIK DARJAH TAMBAHAN PPKI BESERTA TANDAS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO, HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN (PAKEJ C)
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Nurmahfuzah Bt Mohd Jamil |
| E-mel | nurmahfuzah@jkr.gov.my |
| No. Tel | 0389114163 |
| Jabatan | JKR DAERAH HULU LANGAT |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| 13/02/2026 | LANJUTAN TARIKH TUTUP DOKUMEN | Selanjutnya |
| 20/02/2026 | RALAT: PINDAAN ARAHAN DALAM BQ ITEM D (KERJA-KERJA BANGUNAN) | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Kerja Raya Hulu Langat |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JKR/DHL/P006/2026 |
| Tarikh Iklan | 6 Feb 2026 - 23 Feb 2026 |
| Tarikh Jual | 13 Feb 2026 - 23 Feb 2026 |
| Tarikh Tutup | 23 Feb 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JKR DAERAH HULU LANGAT |
| Tarikh & Masa Taklimat | 11 Feb 2026 08:30 |
| Alamat Taklimat |
LOBI JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30pagi - 9.30 pagi)
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
1) Sebut harga adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera Tempatan yang beralamat Di Dalam Negeri SELANGOR, Sahaja, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G3, Kategori B, Pengkhususan B04 serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
2) Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.mydan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Naskah Borang Sebutharga.
3) Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
4) Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
6) Borang Sebut Harga boleh didapati mulai tarikh 13 Februari 2026 hingga 23 Februari 2025 secara ONLINE SAHAJA.
7) Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
8) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan
Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK & STB. Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Maklumat tarikh dan masa bagi taklimat tapak adalah seperti berikut:-
TARIKH : 11 Februari 2026
WAKTU PENDAFTARAN : 8.30 pagi - 9.30 pagi
TAKLIMAT : 9.30 pagi
TEMPAT : LOBI JKR DAERAH HULU LANGAT
PENYERAHAN
1) Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.
2) Penyerahan dokumen sebutharga boleh dilakukan secara:-
Memasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat tidak lewat dari pukul 12.00 tengahari, pada 23 Februari 2026
Lawatan Tapak
| Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
|---|---|---|---|---|
| 1 | LOBI JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30pagi - 9.30 pagi) | LOBI JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30pagi - 9.30 pagi) | 11 Feb 2026 08:30 |
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | B04 KERJA AM BANGUNAN |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
