Cetak
JKR/PET/4P/12/2026

PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN MODULAR DAN IBS DI INSTITUSI KPM RMK13 - PEMBINAAN EMPAT (4) BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELANA JAYA, PETALING JAYA, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama NURHANIS NADHIRAH BINTI RAMLI
E-mel nurhanis.nadhirah@jkr.gov.my
No. Tel 03-78392422
Jabatan JKR PETALING
Tarikh Tajuk  
14/02/2026 RALAT : PINDAAN TARIKH JUAL DAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA Selanjutnya
23/02/2026 RALAT: PINDAAN NO.1 - BILL OF QUANTITIES ITEM G & LANJUTAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Petaling
No. Sebut Harga JKR/PET/4P/12/2026
Tarikh Iklan 6 Feb 2026 - 25 Feb 2026
Tarikh Jual 16 Feb 2026 - 24 Feb 2026
Tarikh Tutup 25 Feb 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 11 Feb 2026 10:30
Alamat Taklimat DEWAN SEROJA, IBU PEJABAT JKR SELANGOR

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih sah seperti berikut:

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB Gred G3Kategori B, Pengkhususan B04;
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB Gred G3Kategori B;
  3. Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred G3 dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK);
  4. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah;

untuk menyertai sebut harga di bawah:

NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/4P/12/2026

Tajuk Projek: PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN MODULAR DAN IBS DI INSTITUSI KPM RMK13 - PEMBINAAN EMPAT (4) BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELANA JAYA, PETALING JAYA, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA

Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.

Mula Dijual: Bermula dari 16.02.2026 (ISNIN) hingga 23.02.2026 (ISNIN)

Harga Dokumen: RM50.00

  1. Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/ dan dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada kontraktor yang sah dan layak sahaja.
  2. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
  3. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berstatus 'Patuh' bersama-sama Dokumen Sebut harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
  4. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:

Tarikh                         : 11 FEBRUARI 2026 (RABU)

Masa Pendaftaran     : 9.15 pagi hingga 10.15 pagi

Masa Taklimat           : 10.30 pagi

Tempat Taklimat       : DEWAN SEROJA, IBU PEJABAT JKR SELANGOR

  1. Bagi sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama di dalam sijil PPK, SPKK, STB dan SSM yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil-sijil berkenaan.  Kebenaran Khas daripada CIDB untuk Pengkhususan Bidang Kerja yang ditetapkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  2. Dokumen Sebut Harga hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dibukukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut; NO. SEBUT HARGA : JKR/PET/4P/12/2026 berserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 TENGAH HARI, 25.02.2026 (RABU) ke alamat seperti berikut:

Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB),

Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling

Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,

No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

No Telefon BKUB JKR Petaling: 03-7839 2422

  1. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  2. Kerajaan adalah tidak terikat menerima Sebut Harga terendah atau mana-mana Sebut Harga.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis