KERJA-KERJA PENGGANTIAN PENGHADANG JALAN DI LALUAN SIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN (FT02) DAN KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DARI SEKSYEN 13.9 HINGGA 34.4 (LOCALISED) DI DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN (LALUAN KLANG KE KUALA LUMPUR)
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | HANA NASHWA BINTI MOHAMMED YAZIZ |
| E-mel | hana.nashwa@jkr.gov.my |
| No. Tel | 03-78392422 |
| Jabatan | JKR PETALING |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| 02/03/2026 | RALAT - ADDENDUM NO. 1 - SENARAI KUANTITI & PINDAAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Kerja Raya Petaling |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JKR/PET/5P/11/2026 |
| Tarikh Iklan | 16 Feb 2026 - 3 Mar 2026 |
| Tarikh Jual | 23 Feb 2026 - 2 Mar 2026 |
| Tarikh Tutup | 3 Mar 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar |
Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih sah seperti berikut:
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB Gred G3, Kategori CE. Pengkhususan CE21;
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB Gred G3, Kategori CE;
- Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred G3 dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK);
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah;
untuk menyertai sebut harga di bawah:
NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/5P/11/2026
Tajuk Projek: KERJA-KERJA PENGGANTIAN PENGHADANG JALAN DI LALUAN SIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN (FT02) DAN KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DARI SEKSYEN 13.9 HINGGA 34.4 (LOCALISED) DI DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN (LALUAN KLANG KE KUALA LUMPUR)
Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA
Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.
Mula Dijual: Bermula dari 23.02.2026 (ISNIN) hingga 02.03.2026 (ISNIN)
Harga Dokumen: RM50.00
- Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/ dan dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada kontraktor yang sah dan layak sahaja.
- Penyebut harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berstatus 'Patuh' bersama-sama Dokumen Sebut harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
- Dokumen Sebut Harga hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dibukukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut; NO. SEBUT HARGA : JKR/PET/5P/11/2026 berserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 TENGAH HARI, 03.03.2026 (SELASA) ke alamat seperti berikut:
Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB),
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No Telefon BKUB JKR Petaling: 03-7839 2422
- Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
- Kerajaan adalah tidak terikat menerima Sebut Harga terendah atau mana-mana Sebut Harga.
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
