Cetak
10/2026

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAGI KONTRAK BERJADUAL DI KAWASAN KUARTERS KERAJAAN, PEJABAT DAN STOR JKR DAERAH SABAK BERNAM SELANGOR DARUL EHSAN BAGI TAHUN 2026 HINGGA 2028

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama NORJANATON BINTI SARPAN
E-mel norjanaton@jkr.gov.my
No. Tel 03-32242581
Jabatan BHGN. UKUR BAHAN, JKR SABAK BERNAM
Tarikh Tajuk  
13/03/2026 ADDENDUM NO.1 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam
No. Sebut Harga 10/2026
Tarikh Iklan 9 Mar 2026 - 20 Mar 2026
Tarikh Jual 9 Mar 2026 - 16 Mar 2026
Tarikh Tutup 16 Mar 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya,
45300 Daerah Sabak Bernam
Selangor
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SABAK BERNAM SAHAJA
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

1. Sila pastikan maklumat kontraktor seperti no. telefon pejabat/talian mudah alih dan emel syarikat adalah yang terkini dan dikemaskini dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mudah dihubungi.  

2. Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) seperti maklumat dibawah, Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) :

Taraf : Bumiputera

Gred : G1

Kategori : B 

Pengkhususan :  B04

dengan tempoh pendaftaran yang masih sah dan syarikat beralamat di DAERAH SABAK BERNAM sahaja.

3. Borang sebutharga boleh didapati mulai tarikh 09 MAC 2026 sehingga 16 MAC 2026 di laman sesawang Sistem Tender Online Selangor 2.0 atau alamat web: https://tender.selangor.my/ dengan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RINGGIT MALAYSIA  SEPULUH SAHAJA (RM10.00) melalui kemudahan Kad Kredit Visa , Master Kad dan FPX.

 4. KEBENARAN KHAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN. 

5. TIADA TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK DIADAKAN. 

6. Dokumen Meja Sebutharga boleh disemak di Kaunter Unit Ukur Bahan, JKR Sabak Bernam pada waktu pejabat. Dokumen sebutharga boleh dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. 

7.    Setiap satu Syarikat Kontraktor hanya boleh membeli satu dokumen sahaja bagi setiap kerja dalam satu-satu masa. Langkah ini bagi membendung pakatan harga dengan syarikat lain dalam sebutharga. [Sila baca LAMPIRAN 5A perenggan 2 dokumen sebutharga ini semasa menurunkan tandatangan]

8. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan hendaklah mencatat No. Sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut. Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga di Unit Ukur Bahan & Kontrak, JKR Sabak Bernam tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 16 MAC 2026.(Tarikh Tutup)

9. Sekiranya kontraktor tidak dapat hadir untuk tujuan penghantaran dokumen sebutharga, kontraktor boleh menghantar dokumen dengan menggunakan Pos Berdaftar/Kurier dan hendaklah tiba pada atau sebelum peti tawaran ditutup. 

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
Dokumen Meja Sebutharga 707.71 kB application/pdf Muat Turun
BQ 218.34 kB application/pdf Muat Turun
Lukisan 680.52 kB application/pdf Muat Turun
PINDAAN 1 314.69 kB application/pdf Muat Turun