Cetak
PDTSPG/SH(EPU)/G2/JUN/2026/08

KERJA-KERJA MEMBINA JALAN DAN KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI JALAN LAPIS 8 HOMESTAY, KAMPUNG ULU CHUCHOH, MUKIM SEPANG, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama Zuhaili Bin Sulleman Nama Muhammad Firdaus Bin Zainun
E-mel zuhaili@selangor.gov.my E-mel firdaus@selangor.gov.my
No. Tel 0387061211 No. Tel 0387061211
Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Sepang
No. Sebut Harga PDTSPG/SH(EPU)/G2/JUN/2026/08
Tarikh Iklan 5 Jun 2026 - 16 Jun 2026
Tarikh Jual 8 Jun 2026 - 15 Jun 2026
Tarikh Tutup 16 Jun 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG
BLOK ‘A’, BANGUNAN TUN AZIZ,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
(TINGKAT 1, BAHAGIAN PEMBANGUNAN, PLB)
Tarikh & Masa Taklimat 8 Jun 2026 16:00
Alamat Taklimat Bilik Seminar, Pejabat Daerah/Tanah Sepang, Pendaftaran 3.30 Petang hingga 4.00 Petang, Taklimat 4.00 Petang.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

1. Semua Kontraktor Bumiputra Kelas G2 yang berdaftar dengan Pendaftaran Kontraktor(SSPK) beralamat di Negeri Selangor adalah dijemput untuk mengemukakan SebutHarga bagi Pelaksanaan Projek seperti diatas.

2.Kontraktor wajib hadir semasa taklimat dengan mengemukakan lesen asal atau salinan. Wakil kontraktor tidak dibenarkan.

3.Kontraktor diwajibkan untuk melawat dan mengetahui akan tempat kerja yang akan dijalankan dan berpuas hati dengan syarat- syarat yang dikenakan serta mengkaji dengan terperinci masalah yang timbul bersabit dengan kerja ini supaya tidak menjejaskan perjalanan kerja nanti. Segala tuntutan yang bersabit dengan kerja ini tidak boleh di buat dan tidak akan dilayan.

4.Kontraktor yang layak hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i)Kontraktor mestilah Bumiputra Kelas G2 yang berdaftar dengan CIDB

(ii)Kontraktor mestilah memastikan lesen masih lagi berkuatkuasa sepanjang perolehan tawaran diproses

(iii)Kontraktor mestilah mempunyai Gred dan Kategori mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang berkaitan.

5. Kontraktor dikehendaki memastikan semua dokumen berikut masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya 3 bulan dari tempoh pembelian borang sebut harga:

(i)Sijil asal PerolehanKerja Kerajaan(SPKK) yang dikeluarkan oleh LembagaPembangunan

(ii)Cop Pemborong/Kontraktor

(iii)Kemukakan salinan penyata kewangan terkini (3 bulan) semasa kemukakan sebutharga. Penyata kewangan perlu mendapat cop pengesahan daripada pihak bank. Sebutharga akan ditolak sekiranya penyata kewangan tidak sah.

(iv)Wajib mengemukan resit pembelian dokumen sebutharga

6.Borang/Dokumen SebutHarga boleh dibeli dengan harga RM50.00 dengan menggunakan kad kredit melalui sistem e-tender/sebutharga (http://tender.selangor.gov.my).Semua dokumen sebutharga yang dimuat turun bagi tajuk sebutharga ini mestilah dicetak dan diisi dengan lengkap sebelum dihantar.

7.Borang/Dokumen SebutHarga tidak boleh dibeli pada tarikh tutup.

8.Bagi kontraktor yang tidak berdaftar, pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem e-tender/sebutharga berkenaan.

9.Naskah tawaran boleh dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian dilaman sesawang yang sama dibahagian modul dokumen meja dan Naskah Meja Tawaran dikaunter Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah / Tanah Sepang - (Penting).

10.Sila kembalikan Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap ke dalam Peti Sebut Harga yang telah disediakan di Peti Sebutharga Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang dan;

11.Borang Sebut Harga yang lewat dikembalikan TIDAK akan dipertimbangkan untuk menyertai Sebut Harga ini.

12.Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat berkenaan menyebabkan dokumen tawaran tidak akan dikeluarkan atau penyertaan kontraktor dalam tawaran berkaitan akanTERBATAL dengan sendirinya.

13.Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam masa 7 hari dari tarikh inden kerja dikeluarkan dan hendaklah mengikut arahan dan kelulusan Pegawai Penyelia Pejabat Daerah atau wakilnya.

14.Jika kontraktor gagal memulakan kerja dalam tempoh 7 hari inden kerja akan dibatalkan dan tatatertib akan diambil terhadap pemborong mengikut syarat-syarat pendaftaran.

15.Jika kontraktor tidak menyiapkan kerja dalam masa yang dijanjikan, Pegawai Penyelia Daerah atau wakil berhak mengenakan tindakan pembatalan kontrak/pembayaran ganti rugi / penggantungan lesen pendaftaran atau apa-apa cara lain yang difikirkan patut keatas pemborong.

16.Semua bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan hendaklah yang baru dan belum dipakai serta mempunyai mutu yang baik dan diperolehi dari dalam Malaysia dan mendapat kelulusan Pegawai Penyelia Pejabat Daerah, Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk meminta contoh-contoh untuk diperiksa sebelum bahan-bahan tersebut dibekalkan atau digunakan.

17.Hanya pekerja-pekerja yang mahir dalam bidang masing-masing sahaja yang patut digunakan. Kontraktor dan pekerja-pekerjanya hendaklah menjalankan kerja dengan baik dan cermat, sebarang kerosakkan oleh sebab kecuaian pihak kontraktor hendaklah ditanggung sendiri.

18.Apabila siap, segala sampah-sarap, serpihan dan lebihan hendaklah dibersihkan mengikut arahan Pegawai Penyelia Pejabat Daerah atau wakilnya.

*Catatan Segala pembelian/ perolehan dokumen sebutharga yang tidak sah / tidak melalui sistem, tindakan sewajarnya boleh dikenakan ke atas lesen pendaftaran tuan.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

DAN

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

DAN

CE42 MEMBUAT ISYARAT DAN MENGECAT JALAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
TTD 406.49 kB application/pdf Muat Turun