Cetak
32/2026 (F)

PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027: PEMBINAAN 6 BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA KUALA SELANGOR, SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama FAEZAH BINTI DOLLAH
E-mel faezahd@jkr.gov.my
No. Tel 0332891040
Jabatan JKR Kuala Selangor
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Kuala Selangor
No. Sebut Harga 32/2026 (F)
Tarikh Iklan 1 Jul 2026 - 14 Jul 2026
Tarikh Jual 7 Jul 2026 - 13 Jul 2026
Tarikh Tutup 14 Jul 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA SELANGOR, JALAN KEMAJUAN, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh & Masa Taklimat 7 Jul 2026 10:00
Alamat Taklimat DEWAN STOR TANJUNG KERAMAT, JKR KUALA SELANGOR (PENDAFTARAN BERMULA PADA 9.00 PAGI - 9.50 PAGI) TAKLIMAT PADA 10.00 PAGI

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU/PKK) dalam Gred G4 DALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA,Kategori B Pengkhususan B04 Bertaraf Bumiputra yang dibenarkan untuk membeli dokumen sebutharga.

Taklimat dan lawatan tapak bina pada tarikh dan masa seperti berikut :

           Tarikh : 07.07.2026 (SELASA)

            Pendaftaran : 9.00 pagi - 9.50 Pagi

            Taklimat : 10.00 Pagi

            Tempat : DEWAN STOR TANJUNG KERAMAT, JKR KUALA SELANGOR

Kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Jika kontraktor didapati gagal menghadiri lawatan tapak seperti yang dinyatakan, kontraktor tidak dibenarkan membeli atau mendapatkan dokumen sebutharga tersebut. Sesi Taklimat/Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya PENAMA kontraktor/Pembekal sahaja yang boleh menghadiri sesi Taklimat/Lawatan tapak. Kontraktor dikehendaki membawa bersama Sijil Asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CIDB, BPKU dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC)  semasa menghadiri sesi Taklimat/Lawatan tapak. 

Naskah meja tawaran akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my. Tiada bayaran yang perlu dibuat untuk membeli dokumen. Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah dibukukan dan senarai lampiran perlu disertakan dan mematuhi sepertimana yang terdapat dalam senarai semakan. Penyebut harga juga di wajibkan mengisi Lampiran A dan Lampiran B bagi Pelaksanaan Pemunya Benefisial dan Surat Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa.         

Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis nombor rujukan sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut dan  dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Pejabat JKR Daerah Kuala Selangor, Jalan Kemajuan, 45000 Kuala Selangor pada 14 JULAI 2026 (SELASA) sebelum jam 12.00 tengahari dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, sebutharga tidak akan diterima.  

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 DEWAN STOR TANJUNG KERAMAT, JKR KUALA SELANGOR DEWAN STOR TANJUNG KERAMAT, JKR KUALA SELANGOR 8 Jul 2026 10:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis