Cetak
JKR/PET/33P/12/2026

PROGRAM BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 4BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN (PAKEJ B)

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama HANA NASHWA BINTI MOHAMMED YAZIZ
E-mel hana.nashwa@jkr.gov.my
No. Tel 03-78392422
Jabatan JKR PETALING
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Petaling
No. Sebut Harga JKR/PET/33P/12/2026
Tarikh Iklan 1 Jul 2026 - 10 Jul 2026
Tarikh Jual 3 Jul 2026 - 9 Jul 2026
Tarikh Tutup 10 Jul 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 3 Jul 2026 08:30
Alamat Taklimat Dewan Kenanga,
Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih sah TIDAK KURANG 90 HARI dari tarikh iklan/notis ini dengan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB Gred G4Kategori B, Pengkhususan B04;
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB Gred G4Kategori B
  3. Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred G4 dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK); dan
  4. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

untuk menyertai sebut harga di bawah:

NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/33P/12/2026

Tajuk Projek: PROGRAM BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 4BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN (PAKEJ B)

Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA

Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.

Mula Dijual: Bermula dari 03.07.2026 (JUMAAT) hingga 09.07.2026 (KHAMIS)

Harga Dokumen: PERCUMA

 

Tarikh & Masa Tutup Sebut Harga: 10.07.2026 (JUMAAT), sebelum/pada jam 12.00 tengah hari

Syarat-syarat:

  1. Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran.
  2. Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
  3. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berstatus 'Patuh' bersama-sama Dokumen Sebut harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
  4. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:

Tarikh                          : 03 Julai 2026 (Jumaat)

Masa Pendaftaran        : 08.30 Pagi – 10.00 Pagi

Masa Taklimat              : 10.00 Pagi 

Tempat Taklimat          :Dewan Kenanga,

                                      Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling

                                      No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,

                                      40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

  1. Bagi sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama di dalam sijil PPK, SPKK, STB dan SSM yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil-sijil berkenaan.  Kebenaran Khas daripada CIDB untuk Pengkhususan Bidang Kerja yang ditetapkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  2. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Daerah Petaling di talian 03-7839 2422 untuk maklumat lanjut.
  3. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditampal No. Sebut Harga dan Tajuk Kerja seperti di atas. Dokumen Sebut Harga perlu dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA TAJUK KERJA BERKENAAN DAN TIDAK LEWAT dari tarikh dan masa tutup serta tempat seperti yang dinyatakan di atas. Kesilapan memasukkan Dokumen Sebut Harga tidak mengikut ketetapan di atas boleh menyebabkan Kontraktor/Syarikat GAGAL menyertai tawaran kerja ini.
  4. Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat dan masa yang ditetapkan. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  5. Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19, amalkan SOP dan penjarakan sosial seperti arahan oleh KKM dan MKN sepanjang proses ini.
  6. Kerajaan tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis