Cetak
JKR/DHL/P057/2026

TAWARAN SEMULA : KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEMENYIH, HULU LANGAT, SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nurmahfuzah Bt Mohd Jamil
E-mel nurmahfuzah@jkr.gov.my
No. Tel 0389114163
Jabatan JKR DAERAH HULU LANGAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
No. Sebut Harga JKR/DHL/P057/2026
Tarikh Iklan 6 Jul 2026 - 13 Jul 2026
Tarikh Jual 6 Jul 2026 - 13 Jul 2026
Tarikh Tutup 13 Jul 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JKR DAERAH HULU LANGAT
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

1) Sebut harga adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera Tempatan yang beralamat Di Dalam Negeri  SELANGOR Sahaja,  berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G3, Kategori CE, Pengkhususan   CE21 serta  berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

2) Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.mydan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Naskah Borang Sebutharga.

3) Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

4) Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

6) Borang Sebut Harga boleh didapati mulai tarikh 6 Julai 2026 hingga 13 Julai 2026 secara ONLINE SAHAJA.

7)  Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.

8) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran.  TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga.  Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.

PENYERAHAN

1) Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.

2) Penyerahan dokumen sebutharga boleh dilakukan secara:-

Memasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat tidak lewat dari pukul 12.00 tengahari, pada 13 Julai 2026

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis