CADANGAN KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI LALUAN B66 SEKSYEN 13.20, JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLANDS, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Nurul Akmal |
| E-mel | nurulakmal@jkr.gov.my |
| No. Tel | 0360641058 |
| Jabatan | JKR HULU SELANGOR |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JKR/HS/20/2026(N) |
| Tarikh Iklan | 10 Jul 2026 - 23 Jul 2026 |
| Tarikh Jual | 16 Jul 2026 - 23 Jul 2026 |
| Tarikh Tutup | 24 Jul 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | TINGKAT 1, BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JKR DAERAH HULU SELANGOR |
| Tarikh & Masa Taklimat | 16 Jul 2026 09:00 |
| Alamat Taklimat |
Dewan Stor JKR Hulu Selangor, JKR Daerah Hulu Selangor
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
NOTIS SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA: JKR/HS/20/2026(N)
TAJUK: CADANGAN KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI LALUAN B66 SEKSYEN 13.20, JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLANDS, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.
- Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Negeri Selangor, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan dalam Gred G3 Kategori CE Pengkhususan CE08 dibenarkan menyertai Sebut Harga ini.
- Sebarang urusan pembelian dokumen sebutharga menggunakan KEBENARAN KHAS DARIPADA CIDB ADALAH TIDAK DIBENARKAN. Kegagalan pihak tuan mematuhi arahan ini, secara langsungnya dokumen sebutharga akan ditolak.
- Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Borang Sebutharga boleh didapati dari tarikh 10 JULAI 2026 HINGGA 23 JULAI 2026 di laman web Tender Selangor https://tender.selangor.my/ dengan membuat bayaran secara online berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja).
- Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini kontraktor-kontraktor hendaklah menyertakan Sijil Pendaftaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan/Perakuan Pendaftaran Daripada CIDB, Sijil Taraf Bumiputra Daripada Pusat Khidmat Kontraktor Dan Surat Pengesahan Pendaftaran Dengan Upen Selangor.
- Taklimat lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN kepada Kontraktor-kontraktor yang hendak menyertai sebutharga ini dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 16 JULAI 2026 (KHAMIS)
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Masa Taklimat : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat Taklimat : Dewan Stor JKR Hulu Selangor
- Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar dalam Sampul Surat Bersaiz A4 berlakri dengan mancatatkan TAJUK dan NO. SEBUT HARGA pada SEBELAH ATAS KIRI SAMPUL dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat JABATAN KERJA RAYA DAERAH HULU SELANGOR DARUL EHSAN tidak lewat dari JAM 12.00 TENGAHARI PADA 24 JULAI 2024 dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, Sebut Harga tidak akan diterima.
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | CE08 SISTEM PERLINDUNGAN CERUN |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
