Cetak
JKR/SEL/(P)/008(T)/2026

KERJA-KERJA NAIKTARAF 7 MAKMAL SAINS, DEWAN MAKAN, SURAU DAN LAIN-LAIN KERJA PEMBAIKAN YANG BERKAITAN DI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama NUR HASANAH BINTI HABIB
E-mel jkrhasanah@gmail.com
No. Tel 0355459800 ext 1240
Jabatan Unit Tender, JKR Negeri Selangor
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
No. Tender JKR/SEL/(P)/008(T)/2026
Tarikh Iklan 22 Jul 2026 - 26 Aug 2026
Tarikh Jual 5 Aug 2026 - 19 Aug 2026
Tarikh Tutup 26 Aug 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Penghantaran dokumen adalah melalui atas talian di Sistem JKR E-Tender (JET). Sila layari https://tender.jkr.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tarikh & Masa Taklimat 29 Jul 2026 10:00
Alamat Taklimat LOKASI TAKLIMAT & LAWATAN : DEWAN ULUL ALBAB, KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) KLANG, SELANGOR sila hubungi : TS. NUR ZAWANI BINTI MUHAMAD HALIL (BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN) NO.TEL: 03-5545 9800 (1243/1253) atau nurzawani@jkr.gov.my

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 300.00

Syarat Tender

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIWAJIBKANSila mohon untuk hadir ke taklimat tapak di dalam sistem JET sebelum hadir ke taklimat.

2. Sila bawa bersama sijil-sijil CIDB (PPK / SPKK dan STB)kad pengenalan PENAMA dan cop alamat syarikat semasa lawatan tapak.

3. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK.

4. Kebenaran Khas daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

TS. NUR ZAWANI BINTI MUHAMAD HALIL (BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN)

NO.TEL: 03-5545 9800 (1243/1253) atau

nurzawani@jkr.gov.my

SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

 

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

 

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):

i. Bukti pembayaran / resit bayaran;dan

ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan

iii. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (sekiranya berkaitan);dan

iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ;dan

v. Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate- TCC) dengan status PATUH;dan

vi. Pengistiharan pemunya Benefisial;dan

vii. Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G6) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 10,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
DAN
B28 KERJA UBAHSUAI
DAN
CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis