SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TIGA (3) EKOR LEMBU TENUSU BETINA BAKA HOLSTEIN FRIESIEN, SATU (1) EKOR PEJANTAN CHAROLAIS KACUKAN, SATU (1) EKOR PEJANTAN BRAHMAN KACUKAN DAN SATU (1) EKOR PEJANTAN KERBAU SAWAH BAGI TUJUAN PEMBIAKAN UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Wan Ezadtul Azhar bin Mohd Salleh |
| E-mel | wanezadtulazhar@dvssel.gov.my |
| No. Tel | 0355103900 EXT 204 |
| Jabatan | JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| 13/08/2026 | KESILAPAN PADA TAJUK SEBUT HARGA | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JPVSEL/SH/06/2026 |
| Tarikh Iklan | 12 Aug 2026 - 19 Aug 2026 |
| Tarikh Jual | 12 Aug 2026 - 19 Aug 2026 |
| Tarikh Tutup | 19 Aug 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
| Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
NO. SEBUT HARGA: JPVSEL/SH/06/2026
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TIGA (3) EKOR LEMBU TENUSU BETINA BAKA HOLSTEIN FRIESIEN, SATU (1) EKOR PEJANTAN CHAROLAIS KACUKAN, SATU (1) EKOR PEJANTAN BRAHMAN KACUKAN DAN SATU (1) EKOR PEJANTAN KERBAU SAWAH BAGI TUJUAN PEMBIAKAN UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
- Sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal ;
- Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang
- Mempunyai Sijil Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
- Pelawaan kepada pembekal dari semua negeri di Semenanjung Malaysia tetapi Berdaftar dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN),
- Dikehendaki mematuhi Senarai Semak (Lampiran A).
- Dokumen sebut harga akan dipamerkan dan boleh dimuat turun mulai 12 Ogos 2026 di laman sesawang http://tender.selangor.my. Dokumen yang dimuat turun hendaklah dibukukan/ didokumentasikan.
- Dokumen sebut harga dijual dengan harga RM10.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen sebut harga sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan.
- Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dimeterai dengan rapi dan ditandakan dengan betul seperti tajuk di atas, pada penjuru atas kiri juga ditandakan: “No. Sebut Harga: JPVSEL/SH/06/2026” dan dokumen tersebut hendaklah dimasukkan melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier ke dalam Peti Sebut harga di, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Sebut harga ini akan DITUTUP pada 19 Ogos 2025 sebelum jam 12.00 tengahari.
- Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas dokumen sebut harga yang dihantar melalui kiriman pos sekiranya berlaku sebarang kelewatan, kehilangan atau lain-lain lagi
Kod-Kod Bidang
| Kod Bidang MOF | 070202 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN > TANAMAN, TERNAKAN, BAKA TANAMAN/TERNAKAN DAN SAMPEL (BAHAN YANG TELAH DI AWETKAN) > HAIWAN TERNAKAN, BUKAN TERNAKAN DAN AKUATIK |
|---|
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|