KERJA-KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KOMPLEKS INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | HANA NASHWA BINTI MOHAMMED YAZIZ |
| E-mel | hana.nashwa@jkr.gov.my |
| No. Tel | 03-78392422 |
| Jabatan | JKR PETALING |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Kerja Raya Petaling |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JKR/PET/15P/11/2026 |
| Tarikh Iklan | 17 Aug 2026 - 24 Aug 2026 |
| Tarikh Jual | 17 Aug 2026 - 24 Aug 2026 |
| Tarikh Tutup | 24 Aug 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar |
Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih sah TIDAK KURANG 90 HARI dari tarikh iklan/notis ini dengan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB Gred G3, Kategori CE , Pengkhususan CE08
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB Gred G3, Kategori CE;
- Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred G3 dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK); dan
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
untuk menyertai sebut harga di bawah:
NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/15P/11/2026
Tajuk Projek: KERJA-KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KOMPLEKS INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA
Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.
Mula Dijual: Bermula dari 17.08.2026 (ISNIN) hingga 24.08.2026 (ISNIN)
Harga Dokumen: PERCUMA
Tarikh & Masa Tutup Sebut Harga: 24.08.2026 (ISNIN), sebelum/pada jam 12.00 tengah hari.
Syarat-syarat:
- Sebarang urusan KEBENARAN KHAS DAN SURAT PERWAKILAN KUASA ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
- Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran.
- Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berstatus 'Patuh' bersama-sama Dokumen Sebut harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
- Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditampal No. Sebut Harga dan Tajuk Kerja seperti di atas. Dokumen Sebut Harga perlu dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA TAJUK KERJA BERKENAAN DAN TIDAK LEWAT dari tarikh dan masa tutup serta tempat seperti yang dinyatakan di atas. Kesilapan memasukkan Dokumen Sebut Harga tidak mengikut ketetapan di atas boleh menyebabkan Kontraktor/Syarikat GAGAL menyertai tawaran kerja ini
- Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat dan masa yang ditetapkan. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
- Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19, amalkan SOP dan penjarakan sosial seperti arahan oleh KKM dan MKN sepanjang proses ini.
- Kerajaan tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | CE08 SISTEM PERLINDUNGAN CERUN |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|