KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH DAN MEMPERKUKUH TEBING SUNGAI SELANGOR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JAMBATAN RANTAU PANJANG, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | FAEZAH BINTI DOLLAH |
| E-mel | faezahd@jkr.gov.my |
| No. Tel | 0332891040 |
| Jabatan | Jkr Kuala Selangor |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Kerja Raya Kuala Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | 35/2026 |
| Tarikh Iklan | 3 Sep 2026 - 17 Sep 2026 |
| Tarikh Jual | 10 Sep 2026 - 16 Sep 2026 |
| Tarikh Tutup | 17 Sep 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA SELANGOR, JALAN KEMAJUAN, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU/PKK) dalam Gred G2 DALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA,Kategori CE , Pengkhususan CE01 dan CE21 Bertaraf Bumiputra dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang dibenarkan untuk membeli dokumen sebutharga.
Naskah meja tawaran akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my mulai 10 SEPTEMBER 2026 sehingga 16 SEPTEMBER 2026. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my. Bayaran sebanyak RM 10.00 yang perlu dibuat untuk membeli dokumen. Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah dibukukan dan senarai lampiran perlu disertakan dan mematuhi sepertimana yang terdapat dalam senarai semakan.
Semua kontraktor adalah DIGALAKKAN melawat tapak untuk mempastikan sendiri skop dan keadaan kerja –kerja yang terlibat.
Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis nombor rujukan sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Pejabat JKR Daerah Kuala Selangor, Jalan Kemajuan, 45000 Kuala Selangor pada 17 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) sebelum jam 12.00 tengahari dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, sebutharga tidak akan diterima.
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB |
CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN
DAN CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|