Cetak
JKR/DHL/P060/2026

KERJA-KERJA NAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH BANGUNAN ASRAMA WANITA BLOK E DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nurmahfuzah Bt Mohd Jamil
E-mel nurmahfuzah@jkr.gov.my
No. Tel 0389114163
Jabatan JKR DAERAH HULU LANGAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
No. Sebut Harga JKR/DHL/P060/2026
Tarikh Iklan 4 Sep 2026 - 14 Sep 2026
Tarikh Jual 8 Sep 2026 - 14 Sep 2026
Tarikh Tutup 14 Sep 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, JKR Hulu Langat, Persiaran Wawasan, 43650 Bandar Baru Bangi
Tarikh & Masa Taklimat 8 Sep 2026 09:30
Alamat Taklimat SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR (Pendaftaran : 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi)

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

1) Sebut harga adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera Tempatan yang beralamat Di Dalam Negeri  SELANGOR Sahaja,  berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G3, Kategori B Pengkhususan B04 serta  berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

2) Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Naskah Borang Sebutharga.

3) Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

4) Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

6) Borang Sebut Harga boleh didapati mulai tarikh 8 September 2026 hingga 14 September 2026 secara ONLINE SAHAJA.

7)  Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.

8) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran.  TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga.  Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan

Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK & STB. Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Maklumat tarikh dan masa bagi taklimat tapak adalah seperti berikut:-

TARIKH : 8 September 2026

WAKTU PENDAFTARAN : 9.30 pagi - 10.30 pagi

TAKLIMAT : 10.30 pagi

TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN , DAERAH HULU LANGAT

PENYERAHAN

1) Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.

2) Penyerahan dokumen sebutharga boleh dilakukan secara:-

Memasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat tidak lewat dari pukul 12.00 tengahari, pada 14 September 2026

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR (Pendaftaran : 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi) SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR (Pendaftaran : 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi) 8 Sep 2026 09:30

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis