PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PENCEGAHAN & KAWALAN DEMAM DENGGI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM PENGKABUSAN AUTOMATIK DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) BAGI TAHUN 2026-2027
| Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
|---|---|---|---|
| Nama | AINI HAYATI BINTI AHMAD | Nama | Siti Wahayu Binti Abdul Wahab |
| E-mel | ainihayati@mpkj.gov.my | E-mel | wahayu@mpkj.gov.my |
| No. Tel | 03-87377899 | No. Tel | 03-87377899 |
| Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN | Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Tender
| Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
|---|---|
| No. Tender | MPKj T10/2026 |
| Tarikh Iklan | 17 Sep 2026 - 12 Oct 2026 |
| Tarikh Jual | 21 Sep 2026 - 12 Oct 2026 |
| Tarikh Tutup | 12 Oct 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar |
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
| Tarikh & Masa Taklimat | 21 Sep 2026 09:00 |
| Alamat Taklimat |
Bilik Mesyuarat Tingkat 7 Menara MPKj Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
| Harga Dokumen | RM 150.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor/syarikat yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/syarikat juga diwajibkan memiliki Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berstatus ‘PATUH’ dan masih dalam tempoh sah laku, serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor yang masih sah buat masa ini bagi kerja/perkhidmatan/bekalan berikut:
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Penyebut Harga boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my/index.php/ms/.
Penyebut Harga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran. Penyebut Harga adalah diwajibkan membuat pendaftaran sebagai kontraktor/syarikat di dalam sistem e-QTender secara dalam talian melalui pautan ini https://eqtender.mpkj.gov.my/Account/Register#registration.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran dan no siri dokumen semasa tarikh tutup sebut harga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 21 SEPTEMBER 2026 HINGGA 12 OKTOBER 2026. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 12 OKTOBER 2026 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebut Harga/Tender)
Tingkat 4
Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK
Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri taklimat ini. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.
Lawatan Tapak
| Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Bilik Mesyuarat Tingkat 7 Menara MPKj Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang |
Bilik Mesyuarat Tingkat 7 Menara MPKj Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang |
21 Sep 2026 09:00 |
Kod-Kod Bidang
| Kod Bidang MOF | 070102 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN > BAJA DAN RACUN > RACUN SERANGGA/PEROSAK, RUMPAI/TUMBUHAN |
|---|
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|