Cetak
MPS/SH/186/26

Cadangan Membina Laluan Masuk Ke Bengkel Majlis Perbandaran Selayang, Rawang, Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Muhammad Asuad Bin Khalib
E-mel masuad.khalib@mps.gov.my
No. Tel 03-61265838
Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Selayang
No. Sebut Harga MPS/SH/186/26
Tarikh Iklan 18 Sep 2026 - 28 Sep 2026
Tarikh Jual 18 Sep 2026 - 28 Sep 2026
Tarikh Tutup 28 Sep 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 22 Sep 2026 09:30
Alamat Taklimat 22 September 2026 (Selasa), Bengkel Majlis Perbandaran Selayang, Rawang, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. (3.306905726477389, 101.56363001476808) pada jam 9.30 pagi.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 80.00

Syarat Sebut Harga

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang beralamat di dalam Negeri Selangor serta     berdaftar dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan Sijil Pematuhan [Cukai Tax Compliance Certificate (TCC)] serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut :- 
  2. Dokumen sebutharga boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://tender.selangor.my dan hendaklah dibukukan/dokumentasikan. (Penyebutharga PERLU sertakan resit pembelian di muka hadapan Dokumen Sebutharga).
  3. Taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada 22 September 2026 (Selasa), Bengkel Majlis Perbandaran Selayang, Rawang,  Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. (3.306905726477389, 101.56363001476808) pada jam 9.30 pagi. Hanya penama syarikat yang dinamakan dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja dibenarkan hadir taklimat dan lawatan tapak. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan DIWAJIBKAN dibawa bersama semasa taklimat dan lawatan tapak.
  4. Penyebutharga WAJIB mengemukakan atau memuat naik TCC bersama-sama Dokumen Sebutharga semasa mengemukakan tawaran Sebutharga yang ditetapkan. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan kendiri melalui menu Status MyTax di Portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-Filing. TCC dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh semasa perolehan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup tender.
  2. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan di talian 03-6126 5838 / 5841.

 

 

 

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

 

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Bengkel Majlis Perbandaran Selayang, Rawang Bengkel Majlis Perbandaran Selayang, Rawang, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. 22 Sep 2026 09:30

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN
DAN
CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM
DAN
CE34 KERJA PEMASANGAN KONKRIT PRA TUANG

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis