Cetak
PDK.LGT 02/2026 (PENT)

SEBUT HARGA MEMBEKAL SERTA MENGHANTAR PERABOT (KONTRAK PANEL BERPUSAT - PERABOT) PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama MOHD ASDHUHA BINTI MOHD ROBAEI
E-mel mohdasdhuha@selangor.gov.my
No. Tel 03-31822559
Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Kuala Langat
No. Sebut Harga PDK.LGT 02/2026 (PENT)
Tarikh Iklan 23 Sep 2026 - 30 Sep 2026
Tarikh Jual 23 Sep 2026 - 30 Sep 2026
Tarikh Tutup 30 Sep 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, ARAS 3, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT, PERSIARAN SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, KOTA SERI LANGAT, 42700 BANTING
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT AM

 

Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak.

 

  1.  KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA

 

Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, KONTRAK PANEL BERPUSAT- PERABOT bertaraf Bumiputera dalam bidang Pembekalan Perabot di bawah Kod Bidang 020101 dan 020199  serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan Surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat.

 

Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.

 

2.    HARGA TAWARAN

 

Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut harga iaitu 90 hari.

 

3.    SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA

 

3.1           Penyebut harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan standard kualiti kerja bagi Pembekalan Perabot di dalam LAMPIRAN C supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.

 

3.2           Pembekalan Perabot akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, skop kerja dan “standard” kualiti kerja yang dinyatakan dalam LAMPIRAN C

 

 

 

 

 

4.    KADAR DENDA

 

Penyebut Harga sekiranya ditawarkan sebut harga ini akan dikenakan denda seperti berikut:

 

4.1           Pembekal yang menghantar bekalan yang tidak mengikut spesifikasi haruslah menanggung/mengantikan segala kerugiaan akibat dari bekalan tersebut.

 

4.3           Pembekal gagal menghantar bekalan perabot berdasar jadual yang ditetapkan atau mengikut arahan atau permintaan Kerajaan maka akan dikenakan denda sebanyak 5% dari nilai bekalan tersebut. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan sekiranya ada).

               

5.    MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN

 

Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran atau menolak tawaran setelah Sebut Harga dipertimbangkan atau tawaran dibuat. Jika Penyebut Harga menarik diri atau menolak tawaran, nama Penyebut Harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut:

 

5.1.1 -      Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama.

5.1.2 -      Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua.

5.1.3 -      Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.

 

6.    TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA

 

Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup.

 

7.    SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

 

Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab–sebab Penyebut Harga tidak berjaya.

 

8.    PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

 

8.1        Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada masa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, kelengkapan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

 

8.2        Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga bekalan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.

 

9.    TEMPOH PEMBEKALAN

 

Tempoh pembekalan perabot adalah seperti di LAMPIRAN D.

 

10. PENAMATAN PERSETUJUAN

 

10.1         Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;

 

10.1.1      Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

 

10.1.2      Jika Penyebut Harga Pembekal itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Pembekal itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Pembekal itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

 

Atau

 

Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.

 

 

 

 

 

 

 

 

11.       PERTIKAIAN

 

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Pembekal mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Pembekal, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Pembekal. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

 

12.       IKLAN

 

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh kerajaan terlebih dahulu.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS)

DAN

020199 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PEMBUAT

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis