KENYATAAN RALAT TAWARAN KERJA UNDI BIL. 1 TAHUN 2021 YANG DISIARKAN PADA 1 JULAI 2021

13 Jul 2021 • Oleh Pejabat Daerah Hulu Langat

KENYATAAN RALAT TAWARAN KERJA UNDI BIL. 1 TAHUN 2021 YANG DISIARKAN PADA 1 JULAI 2021

NOTIS PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH PROSES UNDI SECARA LANGSUNG DAN SENARAI KERJA YANG DITAWARKAN

Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Negeri Selangor oleh pihak Kerajaan bermula 3 Julai 2021 susulan penularan Wabak Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa proses undi secara live streaming Facebook yang dijadualkan pada 14 Julai 2021 adalah DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Untuk makluman, pindaan ini hanya melibatkan tarikh Proses Undi Secara Langsung dan Paparan Notis Keputusan Undi sahaja. Lain-lain keperluan dan syarat-syarat kerja undi adalah sama seperti kandungan kenyataan tawaran kerja undi. Sebarang pindaan atau maklumat yang terkini boleh didapati dengan melayari maklumat melalui  Laman Web Rasmi Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat (www.selangor.gov.my/hululangat) dan Laman Web Tender Selangor (http://tender.selangor.gov.my).

Turut dimaklumkan bahawa senarai tawaran kerja bagi Kerja Undi Bilangan 1 Tahun 2021 Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah seperti berikut:


a) PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA)


BIL. TAJUK PROJEK

1 Kerja-Kerja Membaikpulih Gelanggang Futsal di Dewan Tahir Karim Kampung Melayu Ampang

2 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Kampung Bukit Batu Kampung Sesapan Kelubi 

3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Hadapan Balairaya Kampung Sungai Machang

4 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Lorong Hajah Fatimah Kampung Sungai Jai 

5 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Jalan Lombe di Kampung Sesapan Batu Minangkabau

6 Kerja-Kerja Baikpulih Jambatan di Kampung Batu 20 Sungai Lui Mukim Hulu Langat

7 Baikpulih Dewan Orang Ramai Kg Batu 20 Sungai Lui Mukim Hulu Langat

8 Baikpulih Balairaya Kg Bukit Dukung Mukim Cheras

9 Membaikpulih Longkang Kampung di Kampung Batu 21 Sg Lui Mukim Hulu Langat

10 Kerja-Kerja Baikpulih Longkang Kampung di Kg Batu 14 Mukim Hulu Langat

11 Membaikpulih Longkang Belakang Masjid, Kg Batu 13 Mukim Hulu Langat

12 Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaran Longkang di Jalan Melati 6 Kampung Sungai Kantan Mukim Kajang

13 Kerja-Kerja Menurap Dataran Surau As-Syakirin Kampung Sungai Kantan

14 Kerja-Kerja Menyelenggara Longkang Jalan Damai di Kampung Teras Jernang Mukim Kajang


b) KERJA-KERJA MENAIKTARAF MENGGUNAKAN PERUNTUKAN MARRIS


BIL. TAJUK PROJEK

1 Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Madrasah 1, Kampung Batu 13 Jalan Cheras Mukim Kajang

2 Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Masjid 4 Kampung Batu 13 Jalan Cheras Mukim Kajang

3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Labi-Labi serta Kerja Berkaitan Di Kampung Batu 21 Mukim Hulu Langat



c) PROJEK NAIKTARAF/ BAIKPULIH JALAN LUAR BANDAR 


BIL. TAJUK PROJEK

1 Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan dan Parit Kampung Sesapan Batu Rembau, Mukim Beranang


d) PROJEK KECIL KAMPUNG BARU/ BAGAN/ TERSUSUN NEGERI SELANGOR


BIL. TAJUK PROJEK

1 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Jalan Raya serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Baru Balakong

2 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Jalan 2 dan Jalan 8 di Kampung Baru Batu 9 Mukim Cheras

3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Taman Indah Jalan 15, Kampung Baru Batu 11 Cheras