ADDENDA : RALAT BAGI TAJUK JADUAL KADAR HARGA PEMASANGAN LAMPU JALAN JENIS LED - (MBPJ/SH/K/172/2021)

24 Sep 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya


RALAT:

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada borang sebutharga bagi tajuk berikut:


JADUAL KADAR HARGA CADANGAN KERJA-KERJA PEMASANGAN LAMPU JALAN JENIS LED DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH DI KAWASAN PETALING JAYA UNTUK TETUAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA - (MBPJ/SH/K/172/2021)


Kepada kontraktor yang telah membuat pembelian dokumen bermula dari tarikh

20 September 2021 (ISNIN) Sehingga 24 September 2021 (Jumaat), sila gunakan addenda borang sebutharga yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Kepada kontraktor yang seterusnya membuat pembelian bermula 25 September 2021 (Sabtu) sehingga 4 Oktober 2021 (Isnin), tidak perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda dan boleh memuat turun terus borang addenda baru dan disertakan bersama dengan dokumen sebutharga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual: 20 September 2021 (Isnin)

Tarikh Tutup:  27 September 2021 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 4 Oktober 2021 (Isnin)


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya