ADDENDA : JADUAL KADAR HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALATULIS : (MBPJ/SH/B/180/2021)

12 Oct 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya


RALAT ADDENDA:

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada senarai kuantiti dan spesifikasi bagi tajuk berikut:


JADUAL KADAR HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALATULIS UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BAGI TEMPOH 12 BULAN + 12 BULAN - (MBPJ/SH/B/180/2021)


Kepada kontraktor yang telah membuat pembelian dokumen bermula dari tarikh

4 Oktober 2021 (ISNIN) Sehingga 12 Oktober 2021 (Selasa), sila gunakan addenda senarai kuantiti dan spesifikasi yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Kepada kontraktor yang seterusnya membuat pembelian bermula 13 Oktober 2021 (Rabu),  tidak perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda dan boleh memuat turun terus borang addenda baru dan disertakan bersama dengan dokumen sebutharga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual: 4 Oktober 2021 (Isnin)

Tarikh Tutup:  11 Oktober 2021 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 18 Oktober 2021 (Isnin)


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya