PEMAKLUMAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa tempoh penjualan
dan pembelian dokumen sebut harga dan tender akan dilanjutkan sehingga 10 Januari 2022 ekoran daripada sistem
iP3KS yang telah ditutup sementara untuk tujuan proses kemasini data dan
penutupan saluran perkhidmatan pembayaran bagi membolehkan penutupan dan
penyelarasan penyata akaun tahun kewangan 2021. Segala transaksi secara dalam
talian tidak dapat beroperasi seperti biasa bermula 15 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022. Walaubagaimanapun, pendaftaran
kontraktor dan pembelian dokumen secara manual masih lagi boleh dilaksanakan
sehingga tarikh akhir pembelian.
Sehubungan itu, pendaftaran kontraktor
dan pembelian dokumen sebut harga / tender boleh dilakukan di Unit Perolehan Dan Ukur Bahan, MPKS
bermula 15 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Pendaftaran dan pembelian
melalui sistem iP3KS boleh dilaksanakan semula bermula pada 3 Januari 2022
sehingga tarikh akhir jualan dokumen tersebut. Berikut adalah senarai sebut
harga dan tender yang terlibat:
1. MPKS SH 1/2022
PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT, MENGUKUR DAN MENGHANTAR
KEMUDAHAN PAKAIAN KORPORAT, PAKAIAN SERAGAM, PAKAIAN LOUNGE SUIT, PAKAIAN
SERAGAM MBJ, PAKAIAN SERAGAM PENGUATKUASA, KASUT, AKSESORI PAKAIAN DAN TALI
LEHER/TUDUNG UNTUK AHLI MAJLIS DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
TAHUN 2022
2. MPKS T 3/2022
PERKHIDMATAN PENYEWAAN
MESIN PENYALIN DIGITAL DAN MESIN PENCETAK SERTA CAJ BACAAN METER BAGI TEMPOH
TIGA (3) TAHUN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
*Tarikh tutup baru adalah pada 11 Januari 2022, jam 12.00 tengahari.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuala
Selangor