PELANJUTAN SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR BLAZER UNTUK KAKITANGAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELAN
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa tarikh tutup bagi Sebut Harga Membekal, Mengukur, Menjahit dan Menghantar Blazer Untuk Kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor Bagi Tahun 2022 dilanjutkan atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan.
2. Tarikh tutup baharu - pada atau sebelum 12.00 tengahari 18 Februari 2022/ Jumaat.
Lokasi penghantaran dokumen sebut harga - Peti Sebut Harga
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 4 Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, Bangunan SSAAS Shah Alam, Selangor
3. Pentadbiran ini memohon maaf di atas perkara ini dan segala kesulitan amat dikesali. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sebut harga membekal, mengukur, menjahit dan menghantar blazer untuk kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor Bagi Tahun 2022 untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“SELANGOR MAJU BERSAMA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR