[MAKLUMAN TAMBAHAN] - STATUS PEMILIK SYARIKAT BERADA DALAM TEMPOH KUARANTIN AKIBAT POSITIF COVID-19 SEMASA TARIKH LAWATAN

22 Mar 2022 • Oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Selangor untuk KERJA - KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN PRA SEKOLAH DAN DEWAN TERTUTUP DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK JAWA JERAM, DAERAH KUALA SELANGOR.

Makluman kepada Penyebut Harga yang akan menghadiri Lawatan Tapak untuk Kerja Sebutharga yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor :

Sekiranya tuan/puan berada dalam tempoh kuarantin akibat positif Covid-19 semasa tarikh lawatan tapak diadakan, tuan/puan masih boleh menyertai sebutharga dinyatakan berdasarkan ketetapan seperti berikut semasa proses pendaftaran lawatan tapak :

 

LAWATAN TAPAK DIHADIRI OLEH WAKIL SYARIKAT DILANTIK (dokumen-dokumen BERCETAK perlu diserahkan semasa proses pendaftaran)

  • Wakil syarikat perlu mengemukakan Surat Wakil semasa proses pendaftaran (Surat Wakil mesti menyatakan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan wakil yang hadir)
  • Wakil syarikat perlu mengemukakan kad pengenalan wakil, lesen-lesen & perakuan yang berkaitan dengan syarikat
  • Tangkap layar / Screenshot MySejahtera Pemilik Syarikat yang menyatakan berada dalam tempoh kuarantin (mesti menyatakan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan pemilik syarikat sama seperti di dalam lesen-lesen & perakuan)
  • Seorang (1) individu hanya boleh menjadi wakil untuk satu (1) syarikat sahaja
  • Wakil syarikat mestilah bebas dari sebarang gejala demam, batuk & selsema

Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah sangat kami hargai.

 

Sekian terima kasih.