ADDENDA : CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN 225 - (MBPJ/SH/K/048/2022)
RALAT ADDENDA:
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada senarai kuantiti bagi tajuk berikut:
Terdapat Addenda di Senarai Kuantiti bagi Sebut Harga ini. Sila gunakan addenda senarai kuantiti yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.
Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.
Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.
Tarikh Jual : 17 Mac 2022 (Khamis)
Tarikh Tutup : 30 Mac 2022 (Rabu)
Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: DIKEKALKAN
Sekian, untuk makluman.
b.p : Bahagian Perolehan
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya