ADDENDA : CADANGAN MENURAP YANG BERKAITAN DI JALAN SS 21/1A - (MBPJ/TD/K/017/2022)

17 May 2022 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya


RALAT ADDENDA:

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada Senarai Kuantiti bagi tajuk berikut:


CADANGAN MENURAP SEMULA JALAN SECARA 'MILL & PAVE' DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN SS 21/1A, JALAN SS 21/15, JALAN SS 21/17, JALAN SS 21/17A, JALAN SS 21/19, JALAN SS 21/21, JALAN SS 21/24, JALAN SS 21/26, JALAN SS 21/28, JALAN SS 21/30, JALAN SS 21/32, JALAN SS 21/34, JALAN SS 21/36, JALAN SS 21/38, JALAN SS 21/40, JALAN SS 21/42 DAN JALAN SS 21/42A, SS 21 PETALING JAYA - (MBPJ/TD/K/017/2022)


Terdapat Addenda di Borang Tender ini. Sila gunakan addenda Senarai Kuantiti yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen tender ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual     : 28 April 2022 (Khamis)

Tarikh Tutup :  18 Mei 2022 (Rabu)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 23 Mei 2022 (Isnin)


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya