RALAT ADDENDA: MENAIKTARAF SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT(VRF)(VARIABLE REFRIGERANT FLOW) - (MBPJ/TD/K/030/2022)

15 Jul 2022 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT:

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT(VRF)(VARIABLE REFRIGERANT FLOW) DAN KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI PERPUSTAKAAN JALAN SELANGOR MILIK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. - (MBPJ/TD/K/030/2022)

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada Arahan Kepada Petender bagi tajuk berikut:

Terdapat Addenda pada Arahan Kepada Petender ini. Sila gunakan addenda Arahan Kepada Petender yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen tender ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual     : 29 Jun 2022 (Rabu)

Tarikh Tutup : 19 Julai 2022 (Selasa)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 21 JULAI 2022 (KHAMIS)


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya