KERJA UNDI JALAN JKR SABAK BERNAM 2022

24 Aug 2022 • Oleh Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam

KONTRAKTOR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KERJA UNDI JALAN 2022 HENDAKLAH MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI LINK GOOGLE FORM BERIKUT https://forms.gle/dzKFHeJcC89zBeG2A  PADA TARIKH

SEPERTI BERIKUT:-



TARIKH      :        29.08.2022 (ISNIN) SEHINGGA 04.09.2022 (AHAD)

 

1.         Syarat-syarat kelayakan kontraktor yang ingin menyertai proses kerja undi ini adalah seperti berikut:

 

a)    Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G1 dengan kod bidang CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) 

b)    Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 

c)    Sila pastikan tempoh sah laku Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) DAN Sijil Taraf Bumiputera (STB) masih berkuatkuasa pada bulan September 2022.

e)    Tidak mempunyai kerja dalam tangan bagi projek di bawah Pejabat Jurutera Daerah JKR Sabak Bernam setakat 29 Ogos 2022.

f)     Kontraktor yang beralamat/berdaftar di Daerah Sabak Bernam sahaja.

 

2.         Adalah diingatkan bahawa hanya PEMILIK SYARIKAT YANG SAH sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam proses pendaftaran tersebut. Mana-mana kontraktor yang telah melakukan pendaftaran dalam talian adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTUK DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI. KEPUTUSAN AKHIR KELAYAKAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ADALAH PADA PEJABAT JURUTERA DAERAH JKR SABAK BERNAM.

3.      Proses cabutan bagi kerja undi ini akan di adakan di Dewan Stor JKR Ladang Air Manis pada bulan September 2022. (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)