RALAT ADDENDA: PEMBERSIHAN TASIK (DESILTING) - (MBPJ/TD/K/040/2022)

7 Sep 2022 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya


CADANGAN BAIKPULIH TEBING TASIK DAN KERJA PEMBERSIHAN TASIK (DESILTING) SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TASIK TAMAN JAYA, SEKSYEN 10, PETALING JAYA - (MBPJ/TD/K/040/2022)

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda Di Senarai Kuantiti bagi tajuk berikut:

Terdapat Addenda Di Senarai Kuantiti ini. Sila gunakan Senarai Kuantiti yang baru dengan memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen tender ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual     : 23 Ogos 2022 (Selasa)

Tarikh Tutup : 12 September 2022 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: Dikekalkan @ Tidak Berubah.


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya