KENYATAAN TAWARAN KERJA UNDI BIL. 2 TAHUN 2022 PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT Pada 13 Disember 2022 (Selasa)

6 Dec 2022 • Oleh Pejabat Daerah Hulu Langat

Dimaklumkan   bahawa   Pejabat    Daerah/   Tanah   Hulu   Langat   (PDTHL)    akan melaksanakan perolehan kerja secara undian bagi:

a)    Sistem Saliran, Parit dan Longkang

b)    Titi dan Jambatan Kecil

c)    Culvert dan Gabion

d)    Pusat Pemindahan Banjir (PPS)

Semua kerja yang ditawarkan adalah bernilai dari RM20,000.00 hingga RM100,000.00

2.            Pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara fizikal / bersemuka melalui pengisian Borang (Google Form). Kontraktor WAJIB memuat turun borang persetujuan menyertai kerja undi yang telah diiklankan dan melengkapkan borang tersebut seterusnya menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Urusetia di Dewan Kenanga, Aras 3, Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat pada 13 Disember 2022 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

3.            Urusetia PDTHL akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya tapisan pendaftaran sebelum proses cabutan undi diadakan pada hari yang sama bertarikh 13 Disember 2022 (Selasa) jam 2.30 petang.