ADDENDA : KERJA-KERJA PENGGANTIAN PAIP METER AIR SELANGOR DARIPADA 3/8" KE 3" - MBPJ/SH/K/117/2023

6 Jun 2023 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

 

KERJA-KERJA PENGGANTIAN PAIP METER AIR SELANGOR DARIPADA 3/8" KE 3" SERTA MEMBEKAL DAN MEMASANG PAIP AIR BARU DAN KERJA-KERJA YANG BERKAITAN UNTUK SALURAN AIR DARIPADA METER AIR KE TANGKI AIR DI PASAR SENTOSA 17/27 PETALING JAYA - MBPJ/SH/K/117/2023

 

Terdapat Addenda Di SPESIFIKASI ini. Sila gunakan Addenda yang baru dengan memuatturun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.

Addenda Wajib disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.

Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.

Tarikh Jual     : 29 Mei 2023 (ISNIN)

Tarikh Tutup  : 12 Jun 2023 (ISNIN)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: DIKEKALKAN

 

Sekian, untuk makluman.

 

b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya