Harga Indikatif Jabatan

27 Mar 2024 • Oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk KERJA-KERJA PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN BERKALA SISTEM MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL PAM BERGERAK SERTA KOMPONEN LAIN YANG BERKAITAN UNTUK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

29.2.      Petender dikehendaki mengambilkira dalam harga tender untuk pematuhan             perkara 29.1.

 

29.3.      Kegagalan mematuhi Akta, Garis Panduan dan Prosedur Operasi Piawai yang telah ditetapkan menyebabkan tindakan boleh di ambil oleh agensi-agensi yang berkenaan dan sebarang tuntutan akibat tindakan ini tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. HARGA INDIKATIF JABATAN

 

    1. Harga Indikatif Jabatan bagi tender ini adalah Ringgit Malaysia:  Satu Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tiga Ribu Sahaja      (RM 1,993,000.00      )

 

    1. Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.

 

    1. Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

 

 

  1. TATACARA PENILAIAN TENDER KERJA KECIL

(BAGI PROJEK SECARA KONVENSIONAL BERNILAI RM10 JUTA DAN KE BAWAH)

 

 

  1. MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN KEUPAYAAN PETENDER BAGI TENDER KERJA KECIL

 

    1. Petender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian tender ini akan mengambilkira dan mementingkan keupayaan petender untuk melaksanakan projek yang ditender, di samping kemunasabahan harga tender.

 

    1. Penilaian akan dibuat berasaskan kelayakan asas tender, keupayaan kewangan, dan keupayaan teknikal (prestasi, dan beban kerja semasa serta pengalaman kerja) petender dan penilaian teknikal (kerja Mekanikal & Elektrik) bagi komponen/peralatan. Untuk membolehkan penilaian dibuat, petender dikehendaki melengkapkan borang-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender ini dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing:

 

 

1.2.1

Borang A

 

Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan Kesahihan Dokumen yang Dikemukakan oleh Petender

1.2.2

Borang B

 

Maklumat Am Latar Belakang Petender

1.2.3

Borang C

 

Data Kewangan Petender

1.2.4

Borang CA

 

Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kemudahan Kredit Petender