LANJUTAN TEMPOH SAH LAKU TENDER - KONTRAK PENYELENGGARAAN (PAKEJ PJS) (TAWARAN SEMULA)

20 Jun 2024 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KONTRAK PENYELENGGARAAN JALAN DI SEKITAR PETALING JAYA (PAKEJ PJS) (TAWARAN SEMULA)

- LANJUTAN TEMPOH SAH LAKU TENDER

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku tender bagi tajuk di atas kepada sembilan puluh (90) hari lagi. Maklumat tender adalah seperti berikut:-

No. Tender                                             : MBPJ/TD/K/009/2024

Tarikh Tutup Asal                                   : 07 Mac 2024

Tempoh Sah Laku Tender (Asal)           : 07 Julai 2024 (120 hari)

Tempoh Sah Laku Dilanjutkan (Baru)    : 07 Oktober 2024 (90 hari)

Sila lengkapkan borang persetujuan dan dikembalikan ke Bahagian Perolehan secara emel (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) pada 25 Jun 2024 (Selasa) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.

 

Sekian, untuk makluman.

 

b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya