TAWARAN SEMULA: JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN GENERATOR SET 20KVA HINGGA 1200KVA MILIK MAJLIS BANDARAYA PETALIN

7 Aug 2024 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN GENERATOR SET 20KVA HINGGA 1200KVA MILIK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAWARAN SEMULA) - (MBPJ/SH/K/109/2024(R)

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis sedang membuat tawaran semula bagi sebut harga di atas.

Sehubungan dengan itu, syarikat yang telah menyertai sebut harga terdahulu dan memenuhi syarat-syarat sepertimana di pemberitahuan sebut harga, boleh membuat turun "softcopy" dokumen tawaran tajuk di atas secara percuma melalui emel yang telah didaftarkan di laman sesawang https://tender.selangor.my.

Adalah diingatkan bahawa, kepada syarikat yang menggunapakai kebenaran khas adalah wajib mengemukakan surat kebenaran khas yang baru semasa mengemukakan tawaran. Tanpa dokumen tersebut akan menyebabkan tawaran akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat terperinci berkaitan sebut harga ini boleh diperolehi melalui laman sesawang https://tender.selangor.my

TARIKH JUAL        : 07 OGOS 2024 (RABU)

TARIKH TUTUP    : 13 OGOS 2024 (SELASA)

 

PENENDER YANG PERNAH MENYERTAI TAWARAN TERDAHULU ADALAH DIPELAWA MENYERTAI SEBUT HARGA SECARA PERCUMA DENGAN MENCETAK DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN MELALUI EMEL YANG TELAH DIDAFTARKAN DI DALAM SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR 2.0.