RALAT: PINDAAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER/PTGS/01/2025
RALAT
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada Lampiran P [Jadual Spesifikasi Teknikal-pada halaman 102 Bil 15 (Ports)] bagi tender (highlight kuning) :
PEROLEHAN PERKHIDMATAN SEWAAN (SEWA GUNA) MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA KOMPUTER PERIBADI DAN KOMPUTER RIBA DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Dilampirkan Lampiran P [Jadual Spesifikasi Teknikal-pada halaman 102 Bil 15 (Ports) ] yang telah dikemaskini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkenaan ralat boleh menghubungi Puan Norhayati Binti Mahmud (0355205603) dan Encik Muhammad Bin Abdullah (0355205625).
Untuk makluman tuan/puan juga, tarikh tutup bagi tender ini telah ditunda kepada 7 Mac 2025 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.
Dokumen pindaan akan di emel kepada tuan/puan yang telah membeli dokumen tender tersebut.
Sekian, terima kasih