ADDENDUM NO. 1 – PERUBAHAN TAJUK SEBUT HARGA

28 Jan 2026 • Oleh Jabatan Kerja Raya Petaling untuk RALAT (ADDENDUM NO.1) - PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI PUSAT REKREASI STADIUM JKR, SEKSYEN 17, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TEMPOH 2 TAHUN (1 MAC 2026 - 28 FEBRUARI 2028)

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan iklan tender seperti di dalam laman sesawang Sistem Tender Online Selangor bertarikh 23 Januari 2026.

2.       Bersama-sama ini dikemukakan satu (1) Set Addendum No. 1 kepada Dokumen Sebut Harga seperti di LAMPIRAN A yang disertakan bersama-sama surat pemakluman ini.  Addendum di atas hendaklah digantikan muka surat berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Sebut Harga dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini. Surat Akuan Penerimaan hendaklah disertakan dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.

3.       Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.

4.       Untuk perhatian tuan, Tarikh Tutup Sebut Harga adalah kekal pada 30hb Januari 2026 (Jumaat). Sebarang kesulitan sila hubungi Pn. Noor Najat Shima binti Said atau Pn. Nurhanis Nadhirah binti Ramli di talian 03-7839 2400 untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.