RALAT: PINDAAN NO.1 - BILL OF QUANTITIES ITEM 4.1

25 Feb 2026 • Oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah K. Selangor untuk KERJA-KERJA PEMULIHARAAN MUARA DAN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG PARIT 4 SUNGAI BURUNG MUKIM TANJONG KARANG DAERAH KUALA SELANGOR

KERJA-KERJA PEMULIHARAAN MUARA DAN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG PARIT 4 SUNGAI BURUNG MUKIM TANJONG KARANG DAERAH KUALA SELANGOR

Ralat! : Pindaan pada Bill of Quantities (BQ) 

Merujuk kepada dokumen sebutharga terdahulu, pihak kami memaklumkan bahawa  terdapat pindaan pada Bill of Quantities (BQ) melibatkan keterangan kerja, seperti di bawah;

Item 4.1 m/surat B/5

kerja-kerja pengorekan muara

kepada

kerja-kerja membaikpulih batu pemecah ombak

Sila rujuk BQ yang telah dikemaskini sebagai dokumen rasmi. Semua penyebutharga hendaklah menggantikan muka surat (pindaan) berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Sebut Harga dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.

2.     Oleh itu, Penyebut harga dimohon untuk memuat turun dan mengambil maklum Dokumen Pindaan yang terkini.


Sekian, terima kasih.