ADDENDA : PERKHIDMATAN PENYEWAAN PERALATAN LOGISTIK (KHEMAH, KERUSI, MEJA & LAIN-LAIN) - MBPJ/TD/P/005/2026

27 Feb 2026 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

 

PERKHIDMATAN PENYEWAAN PERALATAN LOGISTIK (KHEMAH, KERUSI, MEJA & LAIN-LAIN) DAN KEPERLUAN TEKNIKAL BAGI PENGANJURAN ACARA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA UNTUK TEMPOH DUA PULUH EMPAT (24) BULAN - MBPJ/TD/P/005/2026

Terdapat Addenda muka surat BQ 2. Sila gunakan Addenda yang baru dengan memuatturun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my).

Addenda Wajib disertakan bersama dengan dokumen tender ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.

Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.

Tarikh Jual     :  12 Februari 2026 (Khamis)

Tarikh Tutup  : 04 Mac 2026 (Rabu)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 09 Mac 2026 (Isnin)

Sekian, untuk makluman.

 

b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya