RALAT - ADDENDUM NO. 1 - SENARAI KUANTITI DAN LANJUTAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

2 Mar 2026 • Oleh Jabatan Kerja Raya Petaling

Untuk makluman Penyebut harga,

Merujuk kepada dokumen sebutharga terdahulu, pihak kami memaklumkan bahawa  terdapat pindaan pada Bill of Quantities (BQ) melibatkan perihal kerja, seperti di bawah;

SENARAI KUANTITI ASAL: BQ BILL 2.0 ITEM 2.2 

M/SURAT: MS 3 

kepada

SENARAI KUANTITI ASAL: BQ BILL 2.0 ITEM 2.2 

M/SURAT: MS 3 (ADD. NO. 1)

Sila rujuk BQ yang telah dikemaskini sebagai dokumen rasmi. Semua penyebutharga hendaklah menggantikan muka surat (pindaan) berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Sebut Harga dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.

2.     Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.

3.     Oleh itu, Penyebut harga dimohon untuk memuat turun dan mengambil maklum Dokumen Pindaan yang terkini. Sila muat turun dokumen ADDENDUM NO. 1 di Bahagian Dokumen Sebut Harga.

4.     Untuk perhatian tuan,  TARIKH TUTUP SEBUT HARGA (ASAL) pada 3 MAC 2026 (SELASA) DIPINDA kepada 4 MAC 2026 (RABU).


Sekian, terima kasih.