RALAT - ADDENDUM NO.1 dan 2 - SKOP PERKHIDMATAN, LAMPIRAN Q DAN PINDAAN TARIKH TUTUP SEBUTHARGA NO. SEBUTHARGA PDTK/KP/01/2026
Untuk makluman Penyebut harga,
Merujuk kepada dokumen sebutharga terdahulu, pihak kami memaklumkan bahawa terdapat pindaan pada Skop Perkhidmatan skop perkhidmatan pada Jadual A dan Lampiran Q bagi sebutharga kawalan keselamatan tanpa senjata api di kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang NO. SEBUTHARGA: PDTK / KP / 01 / 2026 melibatkan perihal perkhidmatan seperti di bawah;
1. Skop Tugas
Penyebut Harga dikehendaki menyediakan lima (5) orang Pengawal Keselamatan bagi mengawasi selama 24 jam pada setiap hari (termasuk hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am) meliputi kawasan-kawasan berikut:
- Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDT Klang);
- Rumah kediaman rasmi Pegawai Daerah;
- Rumah kediaman Orang Besar Daerah;
- Dewan Serbaguna;
- Surau dan Taska PDTK;
- Kawasan tempat letak kenderaan sekitar bangunan PDT Klang.
M/SURAT: MS 19
2. LAMPIRAN Q - M/SURAT 50
kepada
1. Pindaan Skop Tugas
Penyebut Harga dikehendaki menyediakan enam (6) orang Pengawal Keselamatan bagi mengawasi selama 24 jam pada setiap hari (termasuk hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am) meliputi kawasan-kawasan berikut:
- Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDT Klang);
- Rumah kediaman rasmi Pegawai Daerah;
- Rumah kediaman Orang Besar Daerah;
- Dewan Serbaguna;
- Surau dan Taska PDTK;
- Kawasan tempat letak kenderaan sekitar bangunan PDT Klang.
Sila rujuk skop perkhidmatan dan Lampiran Q yang telah dikemaskini sebagai dokumen rasmi. Semua penyebutharga hendaklah menggantikan muka surat (pindaan) berkenaan dan dimasukkan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.
M/SURAT : 19 (ADD. NO.1)
M/SURAT : 50 (ADD. NO.2)
2. Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.
3. Oleh itu, Penyebut harga dimohon untuk memuat turun dan mengambil maklum Dokumen Pindaan yang terkini. Sila muat turun dokumen ADDENDUM NO. 1 & NO.2 di Bahagian Dokumen Sebut Harga.
4. Untuk perhatian tuan, TARIKH TUTUP SEBUT HARGA (ASAL) pada 9 MAC 2026 (ISNIN) DIPINDA kepada 11 MAC 2026 (RABU).
Sekian, terima kasih.
