ADDENDUM NO.1 - PEMBETULAN BAGI SENARAI KUANTITI

11 Mar 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk PELANTIKAN KONTRAKTOR PANEL PENYELENGGARAAN, PEMBEKALAN, PENGGANTIAN, MEMASANG DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK SERTA PEMBEKALAN PERABOT LANDSKAP KEJUR DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MPHS BAGI TEMPOH 2 TAHUN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

Terdapat Addenda bagi Senarai Kuantiti. Sila gunakan Addenda yang baru dengan memuatturun "ADDENDUM NO.1" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (perolehan@mphs.gov.my).

Addenda Wajib disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.

Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.

Tarikh Jual     : 11 Mac 2026 (Rabu)

Tarikh Tutup  : 19 Mac 2026 (Khamis)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: DIKEKALKAN

Sekian, untuk makluman.