ADDENDA : KERJA - KERJA PENGGANTIAN 1 UNIT LIF BLOK B, APARTMENT LESTARI - MBPJ/SH/K/054/2026
KERJA - KERJA PENGGANTIAN 1 UNIT LIF DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK B, APARTMENT LESTARI - MBPJ/SH/K/054/2026
Terdapat Addenda di Senarai Kuantiti M/s 6 dan Jadual Teknikal M/s 4. Sila gunakan Addenda yang baru dengan memuatturun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel (bhg_perolehan@mbpj.gov.my).
Addenda Wajib disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.
Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.
Tarikh Jual : 10 Mac 2026 (Selasa)
Tarikh Tutup : 16 Mac 2026 (Isnin)
Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: DIKEKALKAN
Sekian, untuk makluman.
b.p : Bahagian Perolehan
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
