ADDENDA : KERJA - KERJA PENGGANTIAN 1 UNIT LIF BLOK C, APARTMENT LESTARI - MBPJ/SH/K/055/2026

12 Mar 2026 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

 

KERJA - KERJA PENGGANTIAN 1 UNIT LIF DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, APARTMENT LESTARI - MBPJ/SH/K/055/2026

Terdapat Addenda di Senarai Kuantiti M/s 6 dan Jadual Teknikal M/s 4. Sila gunakan Addenda yang baru dengan memuatturun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my).

Addenda Wajib disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.

Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.

Tarikh Jual     : 10 Mac 2026 (Selasa)

Tarikh Tutup  : 16 Mac 2026 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: DIKEKALKAN

Sekian, untuk makluman.

 

b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya