PEMAKLUMAN RALAT UNIT DI SENARAI KUANTITI
Perhatian kepada semua pembida,
Dimaklumkan bahawa terdapat ralat pada Item 5 di dalam Senarai Kuantiti di mana unit yang dinyatakan adalah tidak tepat. Unit yang betul bagi item tersebut adalah ‘Nos’ dan BUKAN ‘200’ seperti yang tertera.
Sehubungan itu, tiada borang addendum akan dikeluarkan bagi pembetulan ini.
Oleh yang demikian, semua pembida adalah dimohon untuk mengisi harga berdasarkan unit ‘Nos’ bagi item berkenaan.
Tarikh penghantaran dokumen sebutharga adalah dikekalkan seperti yang telah ditetapkan. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
