PEMAKLUMAN PENANGGUHAN TARIKH TUTUP IKLAN SEBUT HARGA

8 Jul 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk PELANTIKAN KONTRAKTOR PANEL TAMBAHAN BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA JABATAN KEJURUTERAAN, MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2026

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup iklan sebut harga bagi projek berkaitan adalah ditangguhkan berikutan terdapat pindaan maklumat melalui Addendum yang perlu diambil maklum oleh petender.

Sehubungan itu, petender adalah dinasihatkan untuk menyemak dokumen Addendum yang dikeluarkan serta mengambil kira pindaan tersebut dalam penyediaan tawaran sebut harga.

Tarikh tutup tender baharu akan dimaklumkan melalui Sistem Tender Online Selangor 2.0 dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali

Bahagian Perolehan,
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
03-6064 3869