PINDAAN TARIKH PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

24 Aug 2026 • Oleh Pejabat Daerah Hulu Langat untuk KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANAH PERKUBURAN LOT 1229, PERSATUAN KETURUNAN LEONG KWONG CHERAS, MUKIM KAJANG, DAERAH HULU LANGAT

Seperti yang semua sedia maklum, sekiranya 26 Ogos 2026 (Rabu) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh YAB Menteri Besar Selangor sempena kejayaan Kontinjen Selangor di SUKMA Selangor 2026, tempoh penghantaran dokumen sebut harga ke dalam peti sebut harga adalah dipinda pada 27 Ogos 2026 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Sehubungan itu, pihak syarikat/kontraktor adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan memastikan dokumen sebut harga dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.