PINDAAN TARIKH PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

24 Aug 2026 • Oleh Pejabat Daerah Hulu Langat untuk KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANAH PERKUBURAN ISLAM PEKAN BANGI, MUKIM KAJANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Seperti yang semua sedia maklum, sekiranya 26 Ogos 2026 (Rabu) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh YAB Menteri Besar Selangor sempena kejayaan Kontinjen Selangor di SUKMA Selangor 2026, tempoh penghantaran dokumen sebut harga ke dalam peti sebut harga adalah dipinda pada 27 Ogos 2026 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Sehubungan itu, pihak syarikat/kontraktor adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan memastikan dokumen sebut harga dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.